Ini Sebabnya Mengapa Anda Tidak Boleh Membuang Klip Pembungkus Roti

6. Label kunci

label kunci
Sumber: Daily-motivation.net

Anda berada di luar rumah, kepanasan dan anda berpeluh-peluh mencari kunci yang betul untuk membuka pintu rumah anda. Jika anda mempunyai beberapa kunci di dalam dompet anda, itu akan menjadikan keadaan lebih sukar. Bukankah lebih baik kalau setiap kunci itu adalah label yang jelas?

Nah, anda mungkin sudah dapat meneka tip yang seterusnya – gunakan klip pembungkus roti sebagai jalan penyelesaiannya! Anda boleh menandakannya dengan mudah dengan warna atau menulis label yang pendek. Kini, mencari kunci menjadi lebih mudah dan pantas. Jom baca maklumat seterusnya di bawah!

5. Labelkan wayar kabel

- Iklan -

label wayar
Sumber: Daily-motivation.net

Adakah kabel di belakang TV dan komputer anda bersepah dan terbelit-bellit? Nah, masalah ini bukan sahaja berlaku kepada anda. Anda mungkin tidak dapat membezakan mana satu wayar untuk TV atau wayar untuk laptop anda. Sudah tentu anda tidak mahu menarik palam yang salah.

Jadi, kami syorkan kepada anda untuk menandai kabel dengan klip dan anda akan dapat menjimatkan masa dan tidak perlu risau lagi untuk menarik wayar yang betul! Hidup menjadi lebih mudah dengan memanfaatkan klip bungkusan roti, kan? Tip DIY yang seterusnya ada di halaman berikut!