Kalau Anda Nampak Ombak Kotak Di Laut Keluar Dari Air Segera

Alam semula jadi merupakan salah satu cara menyegarkan untuk kita relaks dan bersantai tetapi ia juga hadir dengan bahayanya tersendiri. Alam, seperti lautan, adalah satu tempat yang indah, menarik dan mempesonakan. Namun, kecantikan ini hadir bersama dengan amaran kerana tempat ini juga boleh jadi berbahaya. Bersyukurlah, alam semula jadi ada caranya untuk memberi amaran kepada kita tentang bahaya ini sebelum ianya terjadi. Tetapi, kalau anda tidak tahu tanda-tanda ini, anda mungkin akan menjadi mangsa kepada bencana alam semula jadi terburuk.

1. Pokok berbentuk J

trendscatchers.co.uk

Sekiranya anda melalui kawasan hutan, mungkin ketika sedang hiking, dan anda menemui sekumpulan pokok berbentuk J, itu adalah petanda jelas bahawa tanah runtuh bakal terjadi. Pokok-pokok ini telah membengkok secara perlahan-lahan kerana pergerakan tanah yang beransur-ansur. Nasib baiklah anda baru sahaja terlepas dari bencana.

2. Aras laut yang surut

- Iklan -

reshade.com

Apabila air laut di sepanjang persisiran Laut China Selatan mula surut, anda mungkin diancam bahaya Tsunami. Anda perlu pergi ke tempat yang selamat segera. Tsunami selalunya terjadi apabila gempa bumi terjadi di bawah laut dan air di permukaan atas berkocak dan ombaknya bergerak selaju 500 batu sejam merentasi lautan.