Apabila Sekumpulan Singa Ini Menangkap Musang yang Cedera: Perkara Tidak Dijangka Berlaku (16 Gambar)

musang dan singa 1
Sumber: Storytohear.com

Setiap kali anda menonton saluran National Geographic dan menyaksikan hidupan liar beraksi, biasanya kita akan melihat pemangsa bergaduh dengan mangsanya. Dan biasanya, pemangsa akan menang. Kita akan melihat singa merobek haiwan lain tanpa belas kasihan. Tetapi, kita pasti akan terkejut apabila melihat bagaimana sekumpulan singa ini melayan seekor musang yang cedera.

Dalam artikel ini, anda akan mendapati bahawa haiwan tidak boleh diramal dan kadangkala ia boleh menunjukkan belas kasihan lebih daripada sesetengah manusia di dunia kita hari ini.

Seekor musang yang cedera ditangkap

- Iklan -

musang dan singa 2
Sumber: Storytohear.com

Di dalam gambar di atas, anda dapat melihat seekor musang yang terperangkap di antara sekumpulan besar singa. Mangsa biasanya akan terus melarikan diri, walaupun sukar untuk mereka kekal selamat. Tetapi oleh kerana musang ini cedera, ia tidak dapat melakukannya. Tidak diketahui pula bagaimana musang ini boleh tercedera, tetapi ia tidak dapat bergerak ketika singa betina yang lapar menghampirinya.