Bercutilah di Pantai Ini, Berbaloi Untuk Dimasukkan Dalam Senarai Jalan-Jalan Anda

Siapa yang tidak sukakan pantai? Rasa pepasir di celahan jari kaki anda, bau air laut masin di udara dan bunyi ombak menenangkan yang menghempas pantai – tiada yang sama sepertinya! Tetapi, tak semua pantai itu sama. Ada pantai yang bagus dan ada juga pantai yang sangat bagus.

Berikut adalah senarai pantai yang perlu anda kunjungi dan perlu ada dalam senarai pantai yang perlu dilawati sekali seumur hidup.

1. Source d’Argent – Seychelles

travelingeast.com

Di sebuah tanjung yang terlindung, di satu daripada 115 pulau yang membentuk Seychelles, terdapat satu pantai berwarna pink yang amat sepadan dengan warna biru air laut yang indah. Di sini, anda terasa bagaikan di dunia fantasi.

Apabila anda melihat di sekeliling, anda akan nampak satu batu yang sangat besar. Ia menjadi gambar latar belakang yang sangat fotogenik untuk rakaman foto anda. Sudah banyak kali ia dinobatkan sebagai pantai tercantik di dunia. Mari jadikan ia satu destinasi yang perlu anda kunjungi!

2. Glass Beach – USA

travelawaits.com

Pantai yang dipenuhi dengan barangan terbuang mesti tidak cantik dan merimaskan. Tetapi, untuk pantai yang satu ini, ianya sebaliknya!

Terhasil dari bahan buangan yang dibuang pada abad ke 20, pantai ini dipenuhi dengan cebisan kaca dan porselin. Ia telah dikikis oleh air laut sehingga licin dan tertolak ke pantai. Ia mungkin nampak pelik pada mulanya, namun ia agak menarik untuk dilihat dan dihayati. Anda tidak boleh mengambil kaca-kaca ini, tapi ia juga tak bermakna anda tidak boleh menikmati pemandangannya.