Makan 8 Buah Kukus Ini Lebih Sihat Daripada Makan Ubat!

Sebenarnya, ada banyak makanan sihat di sekeliling kita. Ianya mudah untuk diperolehi dan tidaklah berharga amat mahal sehingga kita tidak mampu untuk membelinya. Adakah anda ingin tahu apakah senarai buah kukus yang sihat untuk kesihatan anda? Jom baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya. Buah yang kami kongsikan di sini penuh dengan zat mineral dan dapat membantu meningkatkan sistem imuniti badan anda. Ianya lebih bagus berbanding ubat. Jom makan buah-buah kukus ini untuk lebih sihat!

Limau Gedang

limau stim
Sumber: Pexels.com

Manfaat buah limau gedang terdapat dalam kulit limaunya. Ia kaya dengan mineral dan bahan aktif bermanfaat seperti hesperidin dan naringin, yang boleh mengurangkan kelikatan darah, mengurangkan pembentukan trombus dan juga berkesan mencegah berlakunya strok pada golongan yang berusia pertengahan umur dan juga warga emas.

Bahan: Beberapa biji limau gedang dan beberapa sudu madu.

Resepi:

Kupas limau gedang dan keluarkan pulpa. Kami syorkan anda untuk memotong dan memastikan kulit limau gedang itu kekal utuh dan tidak terpotong. Kemudian, tumbuk gula batu, masukkan beberapa sudu madu dan isi limau gedang ke dalam kulitnya. Seterusnya, kukus buah selama 15-20 minit dan ia pun sedia untuk dihidangkan. Disebabkan kita akan memakan kulit limau tersebut, pastikan anda mencuci kulit dengan sebaiknya. Gunakan garam untuk melarutkan sebarang racun serangga yang mungkin ada padanya.

Buah Pir

- Iklan -

sup pir
Sumber: Allgeekpro.com

Lagi satu buah yang bagus untuk dikukus adalah buah pir. Buah ini boleh mengurangkan badan berangin, menyihatkan paru-paru, menguatkan jantung, menghilangkan kahak, mengurangkan panas dan menyahtoksik badan. Perubatan moden telah membuktikan bahawa pir mempunyai kesan menguatkan paru-paru, menghidrasikan badan, melegakan batuk dan mengurangkan kahak, menambahbaik keadaan darah dan menggalakkan pertumbuhan otot. Kesannya berganda selepas dikukus. Makanan atau herba lain juga boleh ditambah semasa mengukus untuk meningkatkan kesannya!

Bahan: Beberapa biji buah pir, kerang Sichuan dan gula batu.

Resepi:

Kupas kulit dan potong buah pir menjadi kiub, masukkan ke dalam mangkuk bersama dengan kerang Sichuan, gula batu dan secawan air. Reneh hidangan ini selama kira-kira 15 minit, kemudian ianya sedia untuk dinikmati. Anda boleh minum air sup dan makan buah pear – ianya cukup menyegarkan!