Kenapa Ianya Berbaloi Untuk Memasukkan Bola Tenis Ke Dalam Mesin Basuh Baju

Apabila kita melihat baju kotor bertimbun di dalam bakul, ramai yang mengeluh. Sudah pasti kita berasa letih apabila memikirkan aktiviti yang perlu dilakukan seterusnya. Kita perlu mencuci, menyidai, melipat dan menggosok baju-baju yang bertimbun itu. Apa kata, anda cuba petua yang akan kami kongsikan di dalam artikel. Ianya cukup mudah untuk dicuba sendiri di rumah. Paling penting, ia dapat membantu anda mengurangkan beban kerja yang seterusnya. Aktiviti melipat dan menggosok akan menjadi lebih mudah dengan tip cara mengelak baju yang anda basuh itu berkedut!

Manfaatkan bola tenis di rumah anda

bola tenis dalam mesin basuh
Sumber: Net-seashell.com

Bola tenis yang anda beli untuk dijadikan mainan anak anda itu mungkin kelihatan seperti tidak begitu berguna. Tetapi, tahukah anda? Dengan memasukkan tiga bola tenis ke dalam mesin basuh baju anda akan memberikan perbezaan besar dalam proses mencuci baju.  Ia dapat memberikan beberapa manfaat. Antaranya, ia membantu menguruskan baju di dalam mesin semasa dibasuh dan membuatkan sabun detergen bercampur dengan baik!

Baju tidak bergulung-gulung

- Iklan -

bola tenis
Sumber: Pexels.com

Apabila anda memasukkan bola tenis ke dalam mesin basuh baju, bola tersebut akan membantu “mengacau” pakaian anda semasa mesin berputar dan melakukan proses mencuci. Baju-baju itu tidak akan melekat dan bergulung antara satu sama lain, sekaligus menghalang baju anda menjadi bergumpal di dalam mesin. Malah, kebanyakan pakaian yang dibasuh itu tidak perlu diseterika lagi. Setelah pakaian kering dengan cara ini, anda boleh mengeluarkannya, melipat dan terus memakainya.