Guna ubat gigi untuk mewangikan tandas rumah

- Pertama, beli ubat gigi wangi yang paling murah di pasar raya. Anda tidak perlu membeli sesuatu yang mahal kerana kita tidak akan menggunakannya pada gigi kita.
- Cucuk 15-20 lubang pada ubat gigi dengan pin yang tajam.
- Picit sedikit ubat gigi dan biarkan ia keluar sedikit dari lubang yang telah anda cucuk.
- Kemudian, rendamkan ubat gigi secara keseluruhan ke dalam tangki mangkuk tandas.
- Tunggu beberapa minit dan kemudian flush atau siram airnya. Anda akan dapati bilik mandi anda akan berbau segar!
Cara menyegarkan bau di bilik mandi – mari cuba!
- Iklan -

Jangka hayat ubat gigi ini bergantung pada kekerapan penggunaan tandas anda, tetapi jangan risau, ia masih akan bertahan lama. Ianya cuba mudah untuk dicuba sendiri di rumah. Lagi best, ia tidak menelan belanja yang besar. Jadi, apa lagi? Mari cuba cara untuk mewangikan bilik mandi di rumah anda. Saya harap petua yang kami kongsikan ini berguna kepada anda. Jangan lupa untuk kongsikan dengan kami keberkesanan langkah ini selepas anda mencubanya di rumah. Selamat mencuba!